Saturday 26 October 2013

Dah lama rasanya mata ini tidak memandang blog 'kesan abadi' seperti telah hilang hadirnya. Entahlah tiba-tiba hati ini menjadi rindu....sayu... Aduhai sayang, seperti jauhnya kau tinggalkan aku semampunya aku bertahan dengan rindu ini... 'Kesan Abadi' itulah ujudnya kau dalam hati ini. Tidak perlu kau ada didepan mata baru aku tersenyum. kerana sayang, cinta & kasih ini telah terpupuk indah menyematkan namamu di hatiku... Sebak hati ku, dalam mengenangkan perjalanan kisah kita kasih kita. terjawab kini episod cinta kita. Kutemui kesudahan sayu rindu hangat cinta kita. Terciptalah kesan abadi kerana aku tidak mampu menjauh dari darimu. Walaupun kini cinta kita telah terpisah diantara dua dunia. Doa2cinta rinduku kan ku kirimkan ketika hatiku sujud kepadaNya... Tiada ayat yang mampu aku luahkan cukuplah sekadar aku ucapkan ~aku rindukanmu~
                   


                                                                            "CINTA"

Cinta..
Datang membawa senyuman..
Pergi meninggalkan tangisan..
Menatap bersama kenangan..
Menghilang bersama kerinduan..
Mendendam dengan kecewa..
Menguapkan airmata..

Mengenang dengan cerita..
Menjajah dengan kisah..
Membekas dengan luka..
Menanamkan rasa..
Menghayalkan surga..
Mencabut paksa..
Menyalakan neraka..

Cinta..
Membuat hati selayak pecandu..
Mengusik kalbu sang perindu..
Muara bagi syair para pujangga..
Nyawa bagi para pengelana..
Nafas bagi para pemuja..
Pusat dimensi segala imajinasi..
Pusat gravitasi segala puisi..

Cinta..
Tak pernah surut kisah..
Tak pernah mati langkah..
Karena cinta..
Selalu temukan Jalannya..



Monday 9 January 2012

JOM SIHAT

Berat badan yang berlebihan mengakibatkan perasaan tidak tenang. penampilan kurang meyakinkan. rasa rendah  diri lebih menguasai diri. untuk menurunkan berat badan cuma ada dua pekara yang mesti dititik beratkan... yang pertama penjagaan makanan dan senaman.
 1-Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. jadi ambillah makanan yang seimbang dari segi zat, vitamin,meneral, karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. banyakkan pengambilan sayuran2 serta ulam ulaman dan buah buahan. kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan karbohidrat tinggi. lebihkan pengambilan air putih sekurang2 lapan gelas sehari.
2-Badan sihat hidup cergas. mulakan senaman yang mudah dan ringkas. contohnya berjalan 10 000 langkah setiap hari. berjalan secara santai dalam lingkungan 5 km. dapat membakar lemak1500 kalori. 
menurunkan berat badan secara sihat bukanlah dengan cara yang mendadak kerana ia akan memberi tekanan kepada badan untuk menerima perubahan. MUNGKIN KITA AKAN KURUS TAPI PASTIKAH KITA SIHAT DAN SEGAR.